POLISI PRIVASI



ENGLISH | BAHASA


    20180315


APAKAH POLISI PRIVASI?

Apabila anda menggunakan gizmo teknologi anda, dan membekalkan kami dengan Data Peribadi anda untuk melanggani perkhidmatan kami, kerdil digital ini (bagi membezakan kami daripada raksasa di luar sana) mengumpul, menyimpan dan memproses Data Peribadi anda untuk tujuan tertentu.

Anda mungkin bertanya, “Adakah ia perlu untuk kamu mengumpul dan memproses Data Peribadi saya?”. Jawapan yang senang adalah “Ya, kamu mesti. Bagi saja kepada kami. Jangan tanya lagi”. Tetapi sekiranya anda mesti dan ia tidak membosankan anda, sila baca selanjutnya…

Apabila kami mengumpul dan memproses Data Peribadi anda, kami akan dapat membekalkan anda dengan perkhidmatan tersebut. Tetapi sekiranya anda keberatan dan enggan untuk memberikan kami persetujuan untuk mengumpul dan memproses Data Peribadi anda selaras dengan Polisi Privasi, maka, kami amat bersimpati untuk anda. Anda mungkin tidak dapat menikmati sesetengah (sekiranya bukan semua) pertandingan yang anda ingin tonton. Kan, saya dah beritahu kamu. Ini adalah suatu situasi yang sama-sama memanfaatkan anda dan kami.

Kami bukanlah raksasa internet. Maka, kami telah mencipta Polisi Privasi ini untuk memaklumkan anda tentang hak anda berkenaan Data Peribadi anda yang sedang diproses atau yang akan dikumpul dan diproses selanjutnya oleh kami.

Tambahan lagi, apabila kami membuat rujukan kepada “Data Peribadi” kami memaksudkan nama, jantina, alamat pengeposan, dokumen identiti, tarikh lahir, nombor telefon, alamat e-mel, akaun media sosial, dan/atau maklumat kad debit/kredit anda. Kami mungkin akan berhenti di situ ataupun senarai tersebut mungkin akan berterusan.

Adakah anda sudah terkagum dengan jumlah perkataan yang kami boleh tulis?


PINDAAN

Pada bila-bila masa. Kami akan meminda Polisi Privasi tersebut tanpa notis. Kecuali sekiranya anda mempercayai kami, kami menyarankan anda untuk melawat laman web ini secara berkala, dan terutamanya sebelum anda membekalkan kami sebarang Data Peribadi anda. Polisi Privasi ini kali terakhirnya dikemaskini pada tarikh yang dinyatakan di atas. Sekiranya anda terus untuk menggunakan perkhidmatan kami selepas sebarang perubahan, pemindaan atau pengubahsuaian, ia menandakan persetujuan anda kepada terma-terma Polisi Privasi yang telah dipinda.


NASIHAT IBU BAPA

Kami berkeputusan untuk menjadikan seluruh perenggan ini TEBAL untuk menarik perhatian anda. Perkhidmatan kami mungkin tidak dibekalkan kepada anda sekiranya anda di bawah umur 18 tahun. Ia mungkin memberikan akses kepada segelintir kandungan eksplisit termasuk penggunaan bahasa yang tidak senonoh dan/atau rujukan seksual.

Kami tidak boleh memasuki kontrak dengan anda kecuali anda berumur 18 tahun dan ke atas. Sekiranya anda seorang kanak-kanak, sila mengganggu ibu bapa atau penjaga anda untuk mendapatkan kebenaran mereka sebelum menggunakan perkhidmatan kami.

Sekiranya anda mempunyai alasan untuk percaya bahawa seseorang kanak-kanak telah memberikan Data Peribadi kepada kami, sila hubungi kami dan kami akan berusaha memadamkan maklumat tersebut dari pangkalan data kami. Sekiranya tidak, kami akan menganggap bahawa anda adalah berumur 18 tahun dan ke atas atau telah mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga anda apabila anda membekalkan Data Peribadi anda kepada kami.


MAKLUMAT YANG DIKUMPUL KAMI

Kami mengumpul maklumat melalui dua (2) cara:-
  • Data Peribadi yang diberikan kepada kami oleh anda atau pihak ketiga. Kami mengumpul Data Peribadi yang dibekalkan oleh anda secara sukarela (kami ingin percaya sedemikian), ataupun kami juga mungkin mendapatkan Data Peribadi anda daripada pihak ketiga yang kami berurusan dengan. Kami percaya bahawa kamu telah memberikan persetujuan kamu kepada mereka atau memberi kuasa mereka untuk menzahirkan Data Peribadi tersebut kepada kami.
  • Maklumat yang kami perolehi daripada penggunaan perkhidmatan kami oleh anda. Apabila anda berinteraksi dengan kami melalui perkhidmatan tersebut, anda akan terkejut bahawa kami juga mungkin mengumpul atau menerima atau menyimpan maklumat peribadi tertentu yang tidak boleh dikenalpasti. Maklumat sedemikian dikumpul secara pasif melalui pelbagai teknologi dan tidak boleh digunakan buat masa ini untuk mengenalpasti anda secara spesifik. Maklumat seperti ini termasuk:-
  • cookies yang boleh secara uniknya mengenalpasti pelayar anda. Ini adalah dijelaskan secara terperinci di bawah.
  • maklumat tentang cara anda menggunakan dan berinteraksi dengan perkhidmatan kami.
  • apa yang anda tonton, apa yang anda pilih dan/atau apa yang anda hampir tonton.


Kesemua di atas dirujuk secara kolektif sebagai “Maklumat”. Sekiranya kami menggabungkan maklumat bukan peribadi dengan Data Peribadi, maklumat yang digabungkan tersebut akan dianggap sebagai Data Peribadi selama ia kekal bergabung.

Sebagai usaha berterusan untuk memahami dan memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada anda, kami sering menjalankan penyelidikan mengenai demografi, minat, dan tingkah laku pelanggan berdasarkan Data Peribadi dan Maklumat yang dibekalkan kepada kami. Hasil penyelidikan ini mungkin akan disusun dan dianalisis secara agregat. Kami mungkin akan berkongsi data tidak boleh dikenalpasti dan agregat ini dengan Sekutu kami dan/atau Pihak Ketiga Yang Diberi Kuasa tetapi data tidak boleh dikenalpasti dan agregat ini tidak mengenalpasti anda secara peribadi. Kami juga mungkin akan menzahirkan statistik agregat pengguna kami bagi tujuan menerangkan perkhidmatan kami kepada Sekutu kami dan/atau Pihak Ketiga Yang Diberi Kuasa bagi mana-mana tujuan lain yang sah.


PENGGUNAAN DATA PERIBADI DAN MAKLUMAT ANDA

Apabila anda membekalkan Data Peribadi anda kepada kami untuk tujuan tertentu, kami mungkin menggunakan Data Peribadi tersebut untuk tujuan bagi mana ia dibekalkan. Data Peribadi dan Maklumat anda juga mungkin digunakan oleh kami, Sekutu kami dan/atau Pihak Ketiga Yang Diberi Kuasa untuk satu atau lebih daripada tujuan-tujuan yang berikut:-

  • menilai permohonan anda,

  • mentadbir penyertaan anda dalam mana-mana peraduan atau kempen atau acara,

  • untuk mengendalikan dan membekalkan perkhidmatan kami kepada anda,

  • mentadbir akaun anda,

  • pentadbiran teknikal perkhidmatan kami,

  • untuk tujuan pentadbiran dalaman, termasuk perakaunan dan cukai,

  • untuk mengesahkan dan memproses bayaran,

  • untuk mengambil langkah bagi mendapat semula sebarang hutang yang perlu dibayar kepada kami,

  • untuk berkomunikasi dengan anda,

  • untuk membalas pertanyaan anda,

  • untuk penyelidikan dan pembanggunan,

  • untuk analisis statistik,

  • untuk jaminan kualiti,

  • untuk peningkatan perkhidmatan,

  • untuk mengesan dan mencegah aktiviti penipuan,

  • penyiasatan aduan dan transaksi yang disyaki mencurigakan,

  • untuk mematuhi mana-mana keperluan Pihak Berkuasa Yang Wajar dan/atau Undang-undang, tanpa kira samada atau tidak ia diperlukan secara sah,

  • untuk pemprofailian pilihan perkhidmatan,

  • untuk menjalan penyelidikan pasaran dan analisis bagi pelan perniagaan kami,

  • untuk tujuan penyimpanan rekod, pengeluaran repot dan analisis pentadbiran;

  • untuk membekalkan anda dengan maklumat mengenai perkhidmatan kami yang lain, oleh Sekutu kami, dan/atau Pihak Ketiga Yang Diberi Kuasa,

  • untuk menghantar anda maklumat, promosi dan kemaskini termasuk pemasaran dan bahan-bahan pengiklanan berkenaan dengan perkhidmatan kami dan juga Sekutu kami, dan/atau Pihak Ketiga Yang Diberi Kuasa,

  • aktiviti perniagaan lain kami yang sah, dan/atau

  • mana-mana aktiviti-aktiviti lain yang bersampingan dengan perkhidmatan tersebut.

Kesemua di atas adalah dirujuk secara kolektif sebagai “Tujuan” di dalam Polisi Privasi ini.

Sekiranya kami berniat untuk menggunakan sebarang Data Peribadi dalam apa-apa cara yang tidak konsisten dengan Polisi Privasi ini, anda akan dimaklumkan berkenaan penggunaan yang didugakan tersebut sebelum atau sewaktu Data Peribadi dikumpulkan.


PENZAHIRAN DATA PERIBADI ANDA

Kami bukan menjalankan perniagaan untuk menjual Data Peribadi anda. Kami menganggap maklumat ini sebagai sebahagian penting daripada perhubungan kami dengan anda. Maka kami tidak akan menjual atau menyewa Data Peribadi anda. Walau bagaimanapun, terdapat keadaan tertentu di mana kami mungkin akan berkongsi Data Peribadi anda dengan sesetengah pihak ketiga tanpa sebarang notis kepada anda seperti yang dinyatakan di bawah.

Pemindahan Perniagaan. Apabila kami membangunkan perniagaan kami, kami mungkin akan menjual atau memperoleh perniagaan-perniagaan atau aset-aset. Dalam keadaan di mana terdapat penjualan, penggabungan, penyusunan semula, pembubaran korporat atau apa-apa keadaan yang serupa, Data Peribadi mungkin membentuk sebahagian daripada aset yang dipindahkan

Sekutu. Kami juga mungkin akan berkongsi Data Peribadi anda dengan Sekutu kami bagi tujuan selaras dengan Polisi Privasi ini.

Pihak Berkuasa Yang Wajar. Untuk mematuhi sebarang perintah mahkamah atau arahan daripada pihak-pihak berkuasa yang sedang menyiasat sebarang kesalahan, salah laku, dan/atau penyalahgunaan yang didakwa berlaku atau untuk menguatkuasa mana-mana terma dan syarat yang terpakai terhadap anda, atau di mana tindakan sedemikian adalah perlu untuk melindungi dan mempertahankan hak-hak kami. Apabila diminta, kami juga akan berkongsi Data Peribadi tersebut kepada Pihak Berkuasa Yang Wajar, tidak kira samada kami secara sahnya perlu berbuat sedemikian atau tidak.

Pihak Ketiga Yang Diberi Kuasa. Di mana perkhidmatan-perkhimatan daripada Pihak Ketiga Yang Diberi Kuasa adalah diperlukan, kami akan berkongsi Data Peribadi anda atas dasar sulit. Pihak Ketiga Yang Diberi Kuasa tersebut tidak akan dibenarkan untuk menggunakan maklumat peribadi anda yang telah kami zahirkan kepadanya melainkan untuk tujuan terhad bagi membekalkan perkhidmatan tertentu tersebut.

Awam. Sekiranya anda menzahirkan sebarang data peribadi melalui media sosial atau Konten Yang DiJana Pengguna, ambil perhatian bahawa data peribadi sedemikian akan sedia ada kepada semua pengguna platform tersebut.

Pihak-pihak Lain. Kami mungkin akan menzahirkan Data Peribadi anda kepada pihak-pihak lain yang mana anda telah bersetuju kepada penzahiran data anda.


PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN PIHAK KETIGA

Perkhidmatan kami mungkin mengandungi pautan atau platform kepada aplikasi-aplikasi, laman web dan/atau perkhidmatan-perkhidmatan pihak ketiga untuk membolehkan pembekalan perkhidmatan tertentu kepada anda (“Perkhidmatan-perkhidmatan Pihak Ketiga”). Perkhidmatan-perkhidmatan Pihak Ketiga ini mungkin mengandungi, dari masa ke semasa, pautan ke laman web lain. Kami TIDAK bertanggungjawab untuk amalan privasi atau isi kandungan laman web tersebut atau yang berkepunyaan pihak ketiga. Anda harus menyemak polisi privasi Perkhidmatan-perkhidmatan Pihak Ketiga yang berkenaan secara teliti (penekanan diberikan). Polisi Privasi ini hanya terpakai kepada Data Peribadi dan Maklumat yang dikumpul oleh kami.


MENARIK BALIK, MENUKAR, MENGEMASKINI DAN MENGAKSES DATA PERIBADI ANDA

Sekiranya kami ada sebarang perkhidmatan atau pakej-pakej yang menarik yang ditawarkan oleh kami pada masa depan, kami mahu anda tahu terlebih dahulu dan kami akan menghubungi anda jikalau kami percayai mungkin diminati oleh anda.

Jika anda tidak ingin menerima sebarang maklumat pemasaran langsung sedemikian, anda boleh membuat permohonan bertulis kepada kami untuk tidak memproses Data Peribadi anda.

Anda boleh menulis kepada kami pada bila-bila masa melalui alamat e-mel yang dinyatakan di dalam Polisi Privasi ini untuk mendapatkan butiran Data Peribadi anda yang dipegang oleh kami. Sila nyatakan nama, dokumen identiti dan nombor telefon bimbit anda. Ia juga membantu sekiranya anda memberikan butiran ringkas berkenaan maklumat apa yang anda ingin mendapatkan sesalinan. Kami mungkin mengenakan suatu amaun munasabah yang dibenarkan oleh undang-undang yang sedia ada untuk menampung kos pentadbiran kami.

Kami menyimpan hak untuk enggan memberikan anda sesalinan Data Peribadi anda. Kami bukanlah tidak munasabah sebegitu, kami akan memberikan alasan penolakan kami.

Kami akan mengekalkan Data Peribadi anda dalam rekod perniagaan kami sepanjang anda menggunakan Laman Web dan/atau Perkhidmatan kami. Kami juga akan mengekalkan maklumat tersebut untuk suatu tempoh masa selepas anda tidak lagi menggunakan perkhidmatan kami sekiranya maklumat tersebut adalah perlu untuk Tujuan yang mana ia dikumpulkan atau untuk memenuhi keperluan undang-undang.


SEKURITI

Perkhidmatan kami mungkin bukanlah perantara yang selamat, dan komunikasi yang dilakukan melalui perkhidmatan kami mungkin boleh dipintas oleh pihak ketiga. Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang akses tidak sah atau kehilangan Data Peribadi

Kami telah mengimplimentasi polisi-polisi sekuriti, peraturan-peraturan dan langkah-langkah teknikal untuk melindungi Data Peribadi anda daripada pengaksesan tidak sah, penggunaan dan pendedahan tidak patut, pengubahsuaian tidak sah, pemusnahan yang tidak sah atau kehilangan tidak sengaja. Semua pekerja dan pemproses data kami, yang mempunyai akses kepada dan berkaitan dengan pemprosesan Data Peribadi, adalah diwajibkan untuk menghormati kerahsiaan maklumat anda

Walaupun kami tidak boleh menjamin bahawa kehilangan, penyalahgunaan atau penggubahan Data Peribadi tidak akan berlaku; kami mengambil usaha yang munasabah untuk mengelakkan kejadian insiden-insiden yang malang.

Data Peribadi yang kami kumpulkan daripada anda akan disimpan dan disalin-bantu dengan selamat di lokasi yang terhad dan terkawal. Hanya individu-individu yang diberi kuasa dari syarikat kami yang mempunyai ID pengguna dan kata laluan boleh mengakses maklumat tersebut.

Anda harus ingat untuk log keluar daripada sistem kami selepas menggunakan perkhidmatan kami supaya tiada pihak yang tidak beri kuasa boleh mempunyai akses kepada Data Peribadi anda. Anda hendaklah tidak, pada bila-bila masa, mendedahkan Data Peribadi anda kepada mana-mana pihak ketiga.


PEMINDAHAN DATA PERIBADI DAN MALUMAT ANDA KE LUAR MALAYSIA

Ia mungkin perlu untuk kami memindah Data Peribadi dan Maklumat anda kepada Sekutu kami, dan/atau Pihak Ketiga Yang Diberi Kuasa yang bertempat di negara-negara di luar Malaysia. Ini mungkin berlaku apabila Sekutu kami dan/atau Pihak Ketiga Yang Diberi Kuasa adalah bertempat di luar Malaysia atau semasa anda menggunakan perkhidmatan kami dari negara-negara di luar Malaysia.


COOKIES

  • Apakah itu Cookies?
Sebut “cookies”, dan kebanyakan orang akan menjangka ganjaran untuk muncul. Apabila bercakap tentang computer, telefon pintar dan semua peranti mudah alih (“Peranti”) yang anda gunakan untuk mengakses internet, namun, cookies bukanlah apa yang ada di dalam menu pencuci mulut. Ianya bukan virus atau perisian rahsia. Sebenarnya, mereka bukan pun objek fizikal. Namun begitu, mereka melakukan banyak kerja yang membolehkan anda untuk melayar internet.


  • Apakah kegunaan mereka?
Apa yang sebenarnya berlaku apabila anda mengakses kedai online buat pertama kali adalah laman web tersebut menghantar cookies ke Peranti anda. Pertanti anda menyimpannya di dalam fail dalam pelayar laman web anda. Bagi membantu anda mencarinya, fail ini sering dinamakan Cookies. Cookies tersebut adalah digunakan untuk mengamat item-item di dalam troli beli-belah anda semasa ada melayar laman web tersebut. Tanpa cookies, troli beli-belah anda akan set semula ke sifar setiap kali anda menekan pautan yang baru di laman web tersebut. Ia akan menjadikannya mustahil untuk membeli apa-apa barangan secara online!

Laman web juga mungkin menggunakan cookies untuk menyimpan rekod lawatan terkini anda atau untuk merekod maklumat login anda. Kebanyakan orang mendapati ini berguna supaya mereka boleh meyimpan kata laluan di laman web yang kerap digunakan, atau supaya mereka tahu apa yang telah mereka layari atau muat turn pada masa lepas. Kan, ini bukan selalunya perkara yang buruk.


  • Jenis Cookies

Cookies yang berlainan jenis mengamat aktiviti-aktiviti yang berlainan.
  1. Cookies pihak pertama. Ini adalah ditetapkan oleh laman web yang anda layari. Sebagai contoh, apabila anda melayari SportFix, cookies akan ditetapkan di domain kami dan hanya kami boleh membaca mereka.


  2. Cookies pihak ketiga. Ini adalah ditetapkan oleh pihak ketiga selain daripada kami. Sesetengah laman kami juga mungkin mengandungi konten dari laman lain seperti YouTube, Twitter, Facebook yang mungkin menetapkan cookie mereka sendiri. Tambahan lagi, sekiranya anda berkongsi pautan ke laman SportsFix, perkhidmatan di mana anda berkongsi pautan tersebut (e.g. Facebook) mungkin menetapkan cookie di pelayar anda. KAMI TIDAK MEMPUNYAI AKSES ATAU KAWALAN KE ATAS COOKIE PIHAK KETIGA DAN MEREKA TIDAK TERTAKLUK KEPADA POLISI PRIVASI KAMI. SILA MEMBACA POLISI PRIVASI MEREKA UNTUK BUTIRAN. Sekiranya anda ingin mengelakkan pihak ketiga daripada menghantar dan membaca cookie di dalam peranti anda, anda perlu melawat setiap satu laman web mereka untuk meminta agar anda dikeluarkan dari system tersebut.


  3. Cookies sesi. Ini hanya digunakan semasa anda sedang melayari laman web; apabila anda meninggalkan laman web tersebut, cookies sesi tersebut akan dipadamkan.


  4. Persistent cookies. Ia disimpan di dalam Peranti anda. Maka, ia tidak akan dipadamkan apabila anda menutup pelayar anda. Kami menggunakan persistent cookies apabila kami perlu tahu siapakah anda untuk lebih daripada satu sesi pelayaran. Sebagai contoh, kami meggunakannya untuk mengingati pilihan kamu bagi lawatan kamu yang seterusnya.


  5. Cookies pengiklanan. Sesetengah laman web menggunakan rangkaian pengiklanan untuk menunjukkan anda iklan yang tertentu apabila anda melayar. Rangkaian-rangkaian ini mungkin juga boleh mengamat pelayaran anda pada laman-laman web yang lain. Kami mungkin menggunakan cookies pengiklanan tetapi mereka tidak akan mengamat pelayaran anda di luar SportsFix.


  • Bagaimana kami menggunakan Cookies?


Cookies Yang Diperlukan. Cookies membenarkan anda menggunakan kesemua bahagian yang berbeza SportsFix Tanpa mereka, perkhidmatan yang anda minta tidak dapat diberikan. Antara contoh:-
  • Mendaftar masuk SportsFix.

  • Mengingati tindakan terdahulu seperti perkataan yang dimasukkan ke dalam borang pendaftaran apabila kembali ke suatu laman dalam sesi yang sama.

  • Mengingati setting sekuriti yang mengikat akses ke konten tertentu, e.g. untuk membantu dengan kawalan ibu bapa.


Cookies Fungsi. Ini membantu kami peribadikan SporsFix untuk anda. Contohnya, kami meletakkan cookies untuk mengingati pilihan senarai main dan kegemaran anda, dari mana anda datang bagi memastikan agar apabila anda melawat lagi anda akan kembali ke seksyen yang sama. Kami juga menggunakan cookies untuk menyimpan pilihan kategori/segmen anda.

Cookies Prestasi.

Cookies ini digunakan untuk mengukur jumlah pengguna yang melayari SportsFix dan tempoh masa layaran, laman apa yang dilayar, dan pautan yang digunakan (sebagai contoh, yang diaktifkan atau ditekan). Ia membantu kami memahami bagaimana orang lain menggunakan SportsFix. Ia tidak mengandungi maklumat peribadi, dan dinilai berdasarkan laman yang dilayari, dan bukannya orang yang melayarinya.


  • Bagaimana untuk mengendalikan Cookies?

Anda mempunyai beberapa pilihan berkenaan cookies apa yang digunakan pelayar anda.
Anda boleh menetap pelayar anda:-

  • untuk membenarkan semua cookies

  • untuk hanya membenarkan lam web ‘yang dipercayai’ untuk menghantar mereka

  • atau untuk hanya menerima cookies daripada laman web yang sedang dilayari.

Kami mencadang agar anda tidak menghalang semua cookies kerana sebahgian perkhidmatan kami bergantung kepada mereka untuk berfungsi secara betul.


DIAGNOSTIK DAN DATA PENGGUNAAN

Kami ingin anda membantu menambahbaik kualiti dan prestasi perkhidmatan kami. Kami boleh secara otomatik mengumpul diagnostik dan maklumat penggunaan daripada peranti yang digunakan oleh anda dan menghantarnya kepada kami untuk analisis. Maklumat tersebut akan diserahkan kepada kami tanpa nama. Tiada maklumat yang diserahkan tersebut boleh mengenal pasti anda secara peribadi, dan tidak mengandungi sebarang gambar atau teks anda. Sekiranya anda membenarkan kami mengumpul diagnostik dan maklumat penggunaan, ia mungkin mengandungi laporan tentang ranap aplikasi dan maklumat tentang ciri-ciri perkhidmatan yang digunakan oleh anda dan kekerapannya. Data ini juga akan menunjukkan jenis peranti yang anda gunakan dan versi sistem pengendaliannya. Fungsi laporan diagnostik dan maklumat penggunaan secara otomatik adalah diaktifkan secara default.


MENGHUBUNGI KAMI

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang perkhidmatan kami atau Data Peribadi anda, sila hubungi kami di:-
Nama                    :                               Pegawai Data Peribadi
Alamat                  :                               SF Media Holdings Sdn Bhd
                                                               Level 20-1, CP Tower, 11 Jalan 16/11
                                                               46350 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
E-mel                     :                               privacy@sportsfix.tv
Telefon                  :                               +6012 430 8032


BAHASA

Dalam keadaan konflik berkenaan penggunaan istilah dan/atau tafsiran Polisi Privasi ini antara Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, penggunaan istilah dan/atau tafsiran yang diberikan di dalam versi Bahasa Inggeris hendaklah diberi keutamaan.


GLOSARI






“Sekutu” bermaksud individu atau organisasi yang mengawal kami, dikawal kami, atau di bawah kawalan bersama individu atau organisasi yang mengawal kami. “Kawal” bermaksud pemilikan saham-saham ekuiti yang membawa lima puluh peratus (50%) atau lebih undi yang boleh digunakan di mesyuarat am (atau padanannya).
“Pihak Berkuasa Yang Wajar”   bermaksud (i) kerajaan Malaysia, (ii) mana-mana negeri, daerah, perwalian, perbandaran atau cabang politik lain-lain Malaysia, (iii) mana-mana agensi, pihak berkuasa atau perantara mana-mana yang di atas, termasuk mahkamah, tribunal, jabatan, biro, suruhanjaya atau lembaga, atau (iv) pihak berkuasa berkaitan negara asing, sekiranya terpakai.  
“Pihak Ketiga Yang Diberi Kuasa”     bermaksud rakan kongsi perniagaan, kontraktor, ejen, juruaudit, penasihat, mana-mana pembekal telekomunikasi yang mana kami mempunyai pengaturan dengannya berkenaan dengan perkhidmatan kami dan/atau pembekal pihak ketiga yang diambil khidmat oleh kami dari masa ke semasa bagi tujuan membekalkan perkhidmatan kami kepada anda. Pihak Ketiga Yang Diberi Kuasa juga merangkumi pihak-pihak yang mana kami bercadang untuk atau mempunyai urusan perniagaan yang sedia ada dengannya.  
“Undang-undang”  

bermaksud mana-mana undang-undang (samada tempatan atau antarabangsa), statut, kanun, peraturan, amalan, notis, ordinan, aturan, arahan, perintah, penghakiman, writ, injunksi atau dekri, dan termasuk sebarang pindaan dalam permohonan atau tafsiran daripadanya.

 
“kami”   bermaksud SF Media Holdings Sdn Bhd dan/atau mana-mana Sekutu kami.  
“pengguna, anda” bermaksud anda, individu-individu yang mengakses dan/atau menggunakan perkhidmatan kami.
“Konten Yang Dijana Pengguna” bermaksud sebarang bahan yang dimuatnaik, data yang dikongsi, atau sumbangan yang dibuat seperti teks, pautan, foto, gambar, video, audio, data atau maklumat lain yang dipaparkan oleh kamu atau seseorang pengguna.



[baki halaman ini dibiarkan kosong dengan sengaja]